Doa agar dihilangkan perasaan sedih; Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Mensyukuri ( Fatir (35) : 34)
Wahai diri, kenapa perlu menangis?
Aku fikir mahu berkongsi kegembiraan.
Malangnya, kedukaan yang hadir :)
Aku fikir mahu berkongsi kegembiraan.
Malangnya, kedukaan yang hadir :)
---
Kadang-kadang aku rasa takut untuk bersahabat dengan kaum Adam. Kadang-kadang aku naik jemu berteman dengan manusia berlainan jantina. Ya, aku mengaku kawan lelaki aku tak ramai, boleh dikira dengan jari.Aku tak pernah mengharap perhubungan yang lebih dari seorang sahabat. Aku maksudkan di sini, ia lebih berharga dari seorang kawan; yang senang datang dan senang pula pergi.
Semalam aku kelukaan/ Kecewa kehampaan/ Mencalar ketabahan/ Mimpi yang sering ku harapkan/ Menjadi kenyataan/ Namun tak kesampaian.
Allah…/ Inginku hentikan langkah ini/ Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan/ Semangat tenggelam/ Lemah daya/ Haruskah aku mengalah/ Namun jiwaku berbisik/ Inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka/ Pada hikmah dugaan/ Uji keimanan/ Tak dilontarkanNya ujian/ Di luar kekuatan/ Setiap diri insan. Allah…/ Pimpinlah diriku/ Tuk bangkit semula/ Meneruskan langkah/ Perjuangan ini/ Cekalkan hati dan semangatku/ Kurniakan ketabahan/ Agar mimpi jadi nyata/ PadaMu ku meminta. Daku mohon agung kudratMu/ Wahai Tuhan yang satu/ Segalanya dariMu.
-----
Perkara yang mencalarkan persahabatan kita ini pernah berlaku sebelum ini. Sebulan sahaja, mungkin bagi kamu satu jangka masa yang singkat. Aku pun jarang mengungkit kerana aku tahu, kamu bukan bermaksud untuk melakukan itu.
Sebenarnya aku sengaja memanjakan hati. Apa yang dikalbu, yang di atas sana sahaja tahu. Aku berlagak tenang, berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku pada sang hati. Memang dalam sungguh parut yang tertinggal.
Ah, jangan risau pasal itu sebab aku bisa menghilangkan kesan hodoh itu dari masa ke masa.Yang aku risaukan hanyalah sekiranya parut itu berdarah kembali. Kalimah-kalimah kamu buat aku percaya, buat aku yakin, buat aku tertipu.
Kamu kata kita akan baik-baik sahaja sampai bila-bila. Kamu pujuk aku, kamu lemparkan ini pada aku, "Usah bimbang, sahabat. Teruskan apa yang sudah kita kecapi sekarang."
Sebenarnya aku sengaja memanjakan hati. Apa yang dikalbu, yang di atas sana sahaja tahu. Aku berlagak tenang, berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku pada sang hati. Memang dalam sungguh parut yang tertinggal.
Ah, jangan risau pasal itu sebab aku bisa menghilangkan kesan hodoh itu dari masa ke masa.Yang aku risaukan hanyalah sekiranya parut itu berdarah kembali. Kalimah-kalimah kamu buat aku percaya, buat aku yakin, buat aku tertipu.
Kamu kata kita akan baik-baik sahaja sampai bila-bila. Kamu pujuk aku, kamu lemparkan ini pada aku, "Usah bimbang, sahabat. Teruskan apa yang sudah kita kecapi sekarang."
Aku senyum; terharu.
Dan hari ini; Aku terlalu gembira menjalani hari. Aku terlalu riang mengisi ruang waktu. Mungkin Allah murka tengok aku yang lalai akan Dia; terlalu seronok dengan duniawi. Dia turunkan aku musibah.
Aku kategorikan sebagai BALA boleh tak?
Sebab aku benci bila mengetahui ini. Aku terlalu sakit bila melihat itu. Aku tak sanggup untuk memandang lagi, tapi jari-jemari aku degil. Degil sangat! Terus-terusan membongkar rahsia. Cari itu, selongkar ini.
Rahsia itu kamu simpan baik-baik. Takut kalau-kalau aku tahu. Sahabat, kau mungkin tak sedar yang Dia Maha Adil. Dia tak sanggup tengok aku terus butakan mata yang sempurna celik. Dia tak mahu membiarkan aku memekakkan telinga yang jelas pendengarannya. Dia tak sampai hati melihat aku membisukan mulut yang boleh bercakap.
Dia tunjukkan aku sesuatu.
Dia tunjukkan semuanya.
Dia tunjukkan semuanya.
Aku tak salahkan kamu kerana mungkin juga silap aku. Aku sendiri yang pergi jauh, berbatu-batu; sehingga 6 jam berbeza waktu. Aku sendiri yang tak dapat nak mengekalkan apa yang kita kecapi dahulu. Aku sendiri yang gagal menyampaikan berita macam yang kau mahu. Aku sendiri yang menghancurkan semua ini tanpa aku sendiri tahu.
Aku nak jawab apa pada orang tua aku nanti? Mereka rajin menyoal. Mereka suka bertanya. Aku terpaksa me-reka cerita yang macam-macam; demi menutup perkara itu. Semata untuk menjaga hati mereka. Tapi sampai bila? Jiwa aku tersentap tahu, tatkala mereka bicara mengenai kamu. Jantung berdegup laju, otak jadi beku.
Ini kah sesuatu yang kamu agung, yang kamu sanjung,
dan yang kau kata kamu mahu junjung?
dan yang kau kata kamu mahu junjung?
Persahabatan ini sudah menjadi terlalu murah. Kamu sendiri tahu aku terlalu benci di-aniaya-i. Heh. Ya, aku anggap kamu tak tahu.
----
Pertemuan selalu menjadi sahabat kepada perpisahan. Damn.
P/s; Lagi ramai tak faham lagi bagus :) Salam Aidiladha. Kullu sanah antum thoyyibin.













